Monday, 19 November 2012

Siapalah AKU..

SUBUHNYA..
  • di mana aku berada,  
  • masih enak dalam kelambu rindu,
  • sambil berpoya-poya dgn waktu,
  • masa bagaikan menderu,
  • langkah tiada arah tuju,
  • fikiran terus bercelaru,
  • terlupa aku semakin di hujung waktu,
  • siapa aku di depan-Mu 
ZOHORNYA..
  • aku lebih memikirkan kelaparan,
  • kehausan dan rehatku,
  • aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
  • aku bertolak ansur dgn waktu,
  • aku gembira membilang keuntungan,
  • aku terlupa betapa besar kerugian,
  • jika aku menggadaikan sebuah ketaatan, 
  • siapa aku di depan-Mu ya Allah
ASARNYA..
  • aku lupa warna masa,
  • cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
  • aku masih dgn secawan kopiku,
  • terlupa panas di hujung kepala,
  • aku masih bercerita,
  • tentang Si Tuah yg setia dan Si Jebat yg derhaka,
  • siapa aku di depan-Mu.
MAGHRIBNYA..
  • aku melihat warna malam,
  • tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya,
  • mencari sisa2 keseronokan,
  • tidak terasa ruang masa yg singkat,
  • jalan yg tertongkat-tongkat,
  • ruginya bertingkat-tingkat,
  • siapa aku di depan Tuhanku.
ISYAKNYA..
  • krn masanya yg panjang,
  • aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
  • aku membiarkan kelesuan menggangguku,
  • aku rela terlena sambil menarik selimut biru, 
  • bercumbu-cumbu dgn waktuku,
  • siapa aku di hadapan-Mu ya Allah..

 kini aku menjadi tertanya-tanya,
sampai bila aku akan melambatkan sujudku,
apabila azan berkumandang lagi,
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi,
kerana di hujng hidup ada MATI,
bagaimana jenazah akan di bawa sembahyang di sini,
jika ruangku dibiarkan kosong,
jika wajahku menjadi asing,
pada mentari dan juga bintang2.
 




No comments:

Post a Comment